PELUANG KERJAYA
Berminat untuk sertai keluarga Yang Yang? Dapatkan peluang kerja bersama kami dan bina kerjaya anda di sini!
Muat turun Borang Permohonan, isi borang tersebut dan hantarkannya kepada kami berserta resume dan gambar anda yang terkini (bersaiz pasport) menerusi emel kepada hrpyy@yangyang.com.my
PELUANG KERJAYA DI IBU PEJABAT
Pemandu Lori
Syarat kelayakan:
- Berumur 24 – 40 tahun.
- Kelayakan minima SPM.
- Mempunyai lesen memandu jenis GDL, D, E.
- Berdisiplin, amanah dan rajin.
- Tubuh badan sihat dan tiada penyakit berjangkit/kronik.
- Mempunyai kenderaan sendiri untuk datang bekerja.
- Boleh berkomunikasi dan menerima arahan dengan baik.
- Mempunyai pengalaman sebagai pemandu lori melebihi 3 tahun.
- Boleh mengangkat berat dan mempunyai stamina tinggi.
Diskripsi kerja:
- Memandu lori milik syarikat untuk menghantar stok ke cawangan yang diatur dengan cermat dan selamat.
- Membantu menyusun dan memuat stok yang perlu dihantar ke cawangan ke dalam lori, jika diperlukan.
- Memuat turun stok dengan cermat dan mengikut standard apabila tiba di cawangan.
- Membantu cawangan dalam menyimpan stok simpanan ke stor cawangan semasa penerimaan stok, jika diperlukan.
- Membantu kerja – kerja di gudang apabila tiada penghantaran stok ke cawangan.
- Memastikan kenderaan/lori milik syarikat sentiasa dalam keadaan bersih, kemas, dan diselenggara mengikut keperluan dan jadual yang ditetapkan.
- Mematuhi had laju dan peraturan-peraturan di jalan raya.
Pembantu Stor
Syarat kelayakan:
- Berumur 18 – 35tahun.
- Kelayakan minima SPM.
- Boleh mengangkat berat dan bekerja dalam tekanan.
- Boleh membaca, menulis dan mengira dengan baik.
- Boleh bekerja mengikut waktu operasi syarikat dan bekerja lebih masa apabila diperlukan.
- Berdisiplin, amanah dan rajin.
- Tubuh badan sihat dan tiada penyakit berjangkit/kronik.
- Mempunyai kenderaan sendiri untuk datang bekerja.
- Boleh berkomunikasi dan menerima arahan dengan baik.
Diskripsi kerja:
- Menerima stok dari pembekal atau syarikat logistic dan memastikan kuantiti dan barang yang diterima adalah betul dan tepat.
- Membuka stok dan menyemak kualiti dan kuantiti stok.
- Mengangkat stok untuk disusun dan disimpan ke stor.
- Memastikan stok disusun kemas ke dalam stor mengikut lokasi yang ditetapkan.
- Melakukan kerja pembungkusan dan pengasingan stok mengikut arahan yang diberikan.
- Memuat naik ke dalam lori dan memuat turun stok dari lori dengan pantas dan cermat.
- Mengutip, menyedia, mengasing dan membungkus stok untuk dihantar ke cawangan.
- Menjaga, membersihkan dan menyelenggara aset serta kemudahan di Gudang.
PELUANG KERJAYA DI CAWANGAN
Pelatih Pengurusan
Syarat kelayakan:
- Berumur 21 – 35 tahun.
- Kelayakan minima STPM/Diploma dan ke atas.
- Boleh membaca, menulis dan mengira dengan baik.
- Boleh bekerja mengikut waktu operasi syarikat dan bekerja lebih masa apabila diperlukan.
- Berdisiplin, amanah dan rajin.
- Tubuh badan sihat dan tiada penyakit berjangkit/kronik.
- Mempunyai kenderaan sendiri untuk datang bekerja.
- Mempunyai kemahiran komunikasi yang jelas dan berkesan.
- Boleh berkomunikasi dan menerima arahan dengan baik.
- Boleh mengendali pengurusan cawangan dengan berkesan, mesra, sopan dan penuh kesabaran.
- Boleh ditugaskan ke cawangan/negeri lain.
Diskripsi kerja:
- Memastikan operasi harian cawangan dijalankan dengan lancar dan mengikut piawai.
- Kebersihan cawangan sentiasa dipantau dan dijaga.
- Memastikan aduan dan maklumbalas pelanggan dikendali dengan berkesan.
- Menjalankan temuduga untuk pengambilan pekerja baru.
- Melatih pekerja baru dan memberi latihan kepada pekerja yang sedia ada dari semasa ke semasa apabila diperlukan.
- Melatih pekerja cara menanggani aduan pelanggan dan situasi yang tidak dijangka.
- Memastikan stok telah dipamer dan sentiasa penuh dan kemas.
- Memastikan stok simpanan adalah mencukupi untuk menampung jumlah jualan.
- Menyemak penerimaan stok untuk memastikan stok diterima dengan tepat.
Juruwang
Syarat kelayakan:
- Berumur 18 – 35 tahun.
- Kelayakan minima SPM.
- Boleh membaca, menulis dan mengira dengan baik.
- Boleh bekerja mengikut waktu operasi syarikat dan bekerja lebih masa apabila diperlukan.
- Berdisiplin, amanah, jujur dan rajin.
- Tubuh badan sihat dan tiada penyakit berjangkit/kronik.
- Mempunyai kenderaan sendiri untuk datang bekerja.
- Boleh berkomunikasi dan menerima arahan dengan baik.
- Teliti terhadap stok, keadaan persekitaran, dan dalam bidang cashier.
- Boleh mengendali kaunter juruwang dengan berkesan, mesra, sopan dan penuh kesabaran
- Tiada rekod pecah amanah.
Diskripsi kerja:
- Mengendalikan urusniaga di kaunter dengan tepat, cepat dan berkesan.
- Memberi layanan mesra kepada pelanggan.
- Memastikan semua produk mempunyai tanda harga dengan kod dan harga yang tepat semasa scan pembelian pelanggan.
- Memastikan keperluan dan kebersihan kaunter dijaga setiap kali sebelum kaunter mula beroperasi.
- Mengurus permintaan tukar barang oleh pelanggan.
- Memastikan segala bekalan barang non-inventori mencukupi, kemas dan disediakan mengikut keperluan operasi kaunter.
- Menjaga dan membersihkan aset syarikat yang berada di dalam kaunter.
Pembantu Kedai
Syarat kelayakan:
- Berumur 18 – 35 tahun.
- Kelayakan minima SPM.
- Boleh membaca, menulis dan mengira dengan baik.
- Boleh bekerja mengikut waktu operasi syarikat dan bekerja lebih masa apabila diperlukan.
- Berdisiplin, amanah dan rajin.
- Tubuh badan sihat dan tiada penyakit berjangkit/kronik.
- Mempunyai kenderaan sendiri untuk datang bekerja.
- Boleh berkomunikasi dan menerima arahan dengan baik.
Pemohon yang mempunyai syarat-syarat kelayakan berikut akan diberi keutamaan.
- Mempunyai pengalaman bekerja di bahagian pakaian/jualan/khidmat pelanggan.
- Boleh ditugaskan ke cawangan/negeri lain.
- Boleh berkomunikasi dalam pelbagai bahasa/dialek tempatan.
Diskripsi kerja:
- Memberi layanan mesra kepada pelanggan dan membantu pelanggan dalam proses pembelian.
- Memastikan produk sentiasa dipamerkan dengan cara dan keadaan terbaik serta mencukupi bagi memenuhi keperluan jualan.
- Memastikan premis dalam keadaan bersih, selesa dan kemas setiap masa.
- Memastikan aliran penerimaan stok, semakan, pameran dan simpanan stok adalah tepat dan lancar.
- Menjaga dan membersihkan aset syarikat serta kemudahan yang disediakan.