/
Kisah Kami

Kisah Kami

Pasaraya Yang Yang Wholesale & Retail Sdn Bhd asal dikenali sebagai Pasaraya Ekonomi Yang Yang sebelum menukar namanya pada tahun 2016. Pasaraya Ekonomi Yang Yang ditubuhkan oleh En. Yong Mow Fong (Pengasas) dan isteri Pn. Law Leng Eng pada tahun 1989. En. Yong dan isteri Pn. Law, dengan penuh rendah diri, memulakan perniagaan kecil-kecilan mereka dengan jualan dari pintu ke pintu dan menjaja di pasar malam.

Hasil titik peluh En. Yong dan Pn. Law terbayar apabila mereka berjaya membuka cawangan pertama pada tahun 1992 di Sungai Besar, Selangor. Dengan modal permulaan yang minimum, perniagaan hanya dikendalikan secara manual tanpa Point of Sales (sistem POS berkomputer). Walaupun beliau berdua menghadapi banyak kritikan dari ahli keluarga dan rakan-rakan, menyatakan bahawa menjalankan perniagaan di Sungai Besar akan berakhir dengan gulung tikar namun ia tidak menghentikan tekad mereka untuk mengejar impian.

Dengan jangka masa 2 tahun, En. Yong dan Pn. Law mengembang cawangan Sungai Besar dari satu lot kedai kepada dua lot. En. Yong dan Pn. Law kemudiannya membuka cawangan kedua di Tanjung Malim pada tahun 1994 dan mempertingkatkan operasinya dari kaedah manual ke sistem POS. Perkembangan perniagaan Pasaraya Ekonomi Yang Yang tidak berhenti di sana malah mereka membuka lebih banyak cawangan di lokasi lain seperti Teluk Intan, Kuala Selangor, Meru, Air Tawar dan Manjung, membawakan perniagaan mereka semakin dekat dengan pelanggannya. Pada mulanya, Pasaraya Ekonomi Yang Yang menyewa lot kedai yang berfungsi sebagai gudang dan pejabat sebelum beralih ke gudang semasa pada tahun 2018.

Semuanya berjalan lancar sehingga tahun 2015 apabila Pengasas, En. Yong Mow Fong mengalami kemalangan semasa mendapatkan bekalan produk di luar negara. Selama ini beliau merupakan tonggak keluarga dan kecederaan beliau yang datang tiba-tiba menyebabkan kedua-dua anak lelakinya, En. Yong Jing Joo dan En. Yong Jing Seng (masing-masing lebih dikenali sebagai JJ dan Jackson) terpaksa mengambil alih perniagaan. Sejajar dengan pengembangan perniagaan dan penukaran wajah baru untuk memberi persekitaran membeli-belah yang lebih selesa, En. Yong Jing Joo dan En. Yong Jing Seng telah menukar nama syarikat kepada Pasaraya Yang Yang Wholesale & Retail Sdn Bhd. pada 2016. Menurut kedua-dua adik-beradik, mereka mengirim ucapan terima kasih dan penghargaan kepada bapa saudara untuk pertolongan dan nasihat yang diberikan dalam menjalankan perniagaan selama ini. Ketika mereka masih muda, bapa saudara mereka akan menguruskan perniagaan sementara kedua-dua ibu bapanya pergi ke luar negara untuk mendapatkan bekalan produk.

En. Yong Jing Joo dan En. Yong Jing Seng menghadapi banyak rintangan semasa menjalankan perniagaan selama ini dari kecurian sehingga pecah masuk. Selain itu, pandemik Covid-19 telah banyak mempengaruhi perniagaan terutamanya industri pakaian runcit tidak dibenarkan beroperasi sehingga menyebabkan perniagaan mengalami aliran tunai yang ketat. Walaupun menghadapi pelbagai kesukaran, Pasaraya Yang Yang tetap berpegang teguh misi mereka, untuk menawarkan produk berkualiti agar pelanggan dapat memperoleh lebih banyak nilai dengan perbelanjaan yang rendah. Sebagai usahawan muda yang berjaya, En. Yong Jing Joo dan En. Yong Jing Seng percaya nilai keperibadian utama untuk berjaya adalah RAS2D, yang mewakili “Reliable, Assertive, Self-motivated, Determined and Decisive”.

Pada tahun 2020, Pasaraya Yang Yang mula menawarkan kemudahan e-wallet di semua cawangannya. Di samping itu, stor dalam talian (online store) juga ditubuhkan di Shopee, menawarkan harga yang sama rendah seperti di cawangan Pasaraya Yang Yang untuk kemudahan pelanggan. Pasaraya Yang Yang baru-baru ini telah mendapatkan perkhidmatan perunding dari syarikat perundingan pengurusan perniagaan pada tahun 2021 untuk melancarkan lagi proses pengurusan perniagaannya. Oleh kerana En. Yong Jing Joo dan En. Yong Jing Seng sedar potensi masa depan yang besar dalam industri fesyen, mereka berazam untuk memperluaskan lagi operasi dan membeli tanah seluas 2 ekar untuk membina gudang yang dilengkap dengan pejabat 3 tingkat di Sungei Burong, Mukim Pancang Bedena, dianggarkan siap dalam jangka 2 tahun.

Untuk bakal 3 tahun yang akan datang, Pasaraya Yang Yang akan berpindah ke gudang baru dengan kapasiti yang lebih besar untuk menampung pengembangan perniagaan, termasuk membuka lebih banyak peluang kerjaya bagi calon berbakat untuk berkhidmat di Pasaraya Yang Yang. Pasaraya Yang Yang juga akan memperkenalkan laman web baru untuk memudahkan proses membeli-belah dan melaksanakan program keahlian untuk memberi lebih ganjaran kepada pelanggannya. Bagi 5 tahun yang akan datang pula, En. Yong Jing Joo dan En. Yong Jing Seng berhasrat membuka sehingga 80 cawangan di seluruh negara setelah selesai berpindah ke gudang baru. Sebagai sebuah syarikat yang bertanggungjawab kepada masyarakat, Pasaraya Yang Yang ingin memainkan peranannya dengan mewujudkan kempen Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dalam masa yang terdekat.