/
Siapa Kami

Siapa Kami

Pada tahun 1989, kami memulakan perniagaan menjual pakaian secara kecil-kecilan dengan menjual dari pintu ke pintu dan pasar malam di Sungai Besar, Selangor. Kami membuka cawangan pertama pada tahun 1992 di Sungai Besar dan kami terus mengembang perniagaan ke lokasi lain di sekitar negeri Selangor dan Perak. Perniagaan kami dikenali sebagai Pasaraya Ekonomi Yang Yang sebelum menukar nama kepada Pasaraya Yang Yang Wholesale & Retail Sdn Bhd pada tahun 2016.

Sehingga kini, perniagaan kami mengembang dan kami telah membuka cawangan di Pahang, Melaka dan Johor dengan lebih daripada 15 cawangan di Malaysia. Untuk memaksimumkan lagi nilai yang boleh dinikmati oleh pelanggan, kami berusaha mendapatkan reka bentuk kain yang khususnya hanya boleh didapatkan dari cawangan kami. Tambahan pula, produk kami dibekal terus dari pengilang, oleh itu ia membolehkan kami menawarkan harga jualan yang lebih rendah dari gedung lain untuk produk yang sama.

Walaupun kami terus mengembangkan perniagaan kami, kami telah dan akan sentiasa berusaha menawarkan pakaian fesyen gaya terkini, pelbagai pilihan dan nilai berbaloi kepada pelanggan kami.