LANGKAH-LANGKAH PENYERTAAN
- Daftar penyertaan dengan scan kod QR di kaunter kedai untuk akses borang pendaftaran online. Isi maklumat peserta, lokasi cawangan Pasaraya Yang Yang yang terdekat dan nombor resit pembelian.
- Selepas pendaftaran berjaya, peserta dibenarkan membawa pulang kertas lukisan art block untuk mewarna dan melukis di rumah.
- Untuk peraduan Kategori A, peserta perlu mewarna sahaja. Manakala Kategori B, peserta perlu mewarna dan mencipta slogan dengan kreatif sejajar dengan Sambutan Ulangtahun Pasaraya Yang Yang ke-33.
- Isi maklumat peserta dengan jelas pada kertas lukisan.
- Hantar lukisan yang telah disiapkan ke cawangan yang sama sebelum tarikh tutup peraduan.
- Peserta dikehendaki memegang kertas lukisan dan bergambar sebagai bukti untuk rujukan kelak.
- Hasil lukisan akan dikumpul dan dihantar ke ibu pejabat Pasaraya Yang Yang untuk pemilihan pemenang.
- Pengumuman pemenang akan dijalankan melalui website www.yangyang.com.my, laman Facebook, TikTok dan Instagram Pasaraya Yang Yang.
TERMA & SYARAT-SYARAT
- Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada semua peserta mengikut kategori umur yang ditetapkan (umur dikira sehingga 1hb Ogos 2024).
- Peserta perlu berbelanja di Pasaraya Yang Yang tanpa had minima untuk kelayakan menyertai peraduan sepanjang tempoh pendaftaran berlangsung. Setiap satu resit pembelian layak untuk satu penyertaan sahaja.
- Segala lukisan haruslah hasil kerja tangan peserta sendiri. Penyertaan yang didapati bukan hasil kerja peserta sendiri, tidak lengkap atau penghantaran lewat akan dibatal kelayakan.
- Perserta boleh menggunakan pensel warna, pen berwarna, krayon, watercolor dan sebagainya. Tiada had apa jenis alat mewarna yang digunakan asalkan ia adalah hasil kerja tangan peserta sendiri.
- Pemenang akan dipilih berdasarkan hasil kerja dan kreativiti lukisan yang dihantar. Keputusan pemenang adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.
- Hadiah tidak boleh ditukar kepada wang tunai. Pihak Pasaraya Yang Yang berhak pada bila-bila masa menukar hadiah kepada hadiah lain yang bersamaan nilai.
- Hadiah pemenang akan dihantar ke cawangan yang sama seperti yang didaftar. Pemenang akan dimaklum melalui panggilan telefon atau mesej Whatsapp sekiranya hadiah tiba di cawangan dan sedia untuk diambil.
- Pemenang perlu mengambil hadiah yang dimenangi dari cawangan yang sama dalam tempoh 30 hari dari tarikh dimaklumkan. Kegagalan mengambil hadiah dalam tempoh yang ditetapkan akan mengakibatkan hadiah pemenang dibatalkan.
- Segala kos dan tanggungjawab yang melibatkan perjalanan ulang-alik ke cawangan Pasaraya Yang Yang atau kos penghantaran hadiah disebabkan pertukaran cawangan atas permintaan peserta sendiri adalah tanggungan peserta.
- Pihak Pasaraya Yang Yang berhak mengguna gambar dan lukisan pemenang untuk tujuan promosi tanpa sebarang bayaran.