FAQ (Persoalan Kerap Ditanya)
Jika jawapan di bawah gagal menjawab persoalan anda, sila hubungi kami di hotline +6011-1123 3638 atau hantar emel kepada kami melalui laman Hubungi Kami.
Sila hubungi no. telefon +60 11 1123 3638 dengan segera untuk membuat aduan atau mengemukakan aduan anda melalui laman web di Hubungi Kami. Pastikan anda memberi semua maklumat yang berkaitan seperti lokasi cawangan, tarikh pembelian, masa, jumlah pembelian, nama juruwang (jika ada) dan maklumat lain yang berkaitan untuk membantu siasatan terhadap aduan anda.
Pelanggan diberi tempoh 7 hari dari tarikh pembelian untuk pertukaran barang. Semua pertukaran hanya terhad pada cawangan yang sama di mana pembelian dilakukan. Barang yang dipilih untuk pertukaran mestilah dengan harga yang sama atau lebih tinggi. Pelanggan perlu membayar perbezaan jumlah jika harga barang yang dipilih untuk pertukaran adalah lebih tinggi. Jangan lupa membawa resit asal semasa pertukaran. Pelanggan dibenarkan untuk menukar barang tetapi pengembalian wang tidak dibenarkan.
Semua barang boleh ditukar dalam jangka masa yang ditetapkan kecuali seluar dalam, tudung, beg, luggage, kasut sandal, selipar, minyak wangi, mainan, Toto Narita, dan tikar.
Semua pertukaran hanya dibenarkan dengan resit asal sebagai bukti pembelian dan barang yang ditukar hendaklah dalam keadaan baik dengan label dilampirkan. Pertukaran tanpa resit asal atau label yang hilang tidak akan dilayan.
Sekiranya cawangan Pasaraya Yang Yang yang dikunjungi tidak mempunyai kuantiti yang mencukupi untuk memenuhi pembelian pelanggan, pelanggan boleh membuat pesanan di cawangan yang sama dengan syarat jumlah minimum pesanan ialah RM300. Deposit 50% akan dikutip selepas pengesahan pesanan dan deposit tidak akan dikembalikan sekiranya pelanggan ingin membatal pesanan kemudian. Biasanya kami akan mengambil masa 14 hari bekerja untuk memproses pesanan dan menghantar ke cawangan yang sama untuk diambil oleh pelanggan. Kami juga menawarkan harga borong untuk pembelian barangan terpilih dan kuantiti tertentu.
Pelanggan boleh melayari kedai dalam talian (online store) kami di Shopee untuk membuat pesanan. Sekiranya barang yang ingin dibeli tidak tersenarai dalam kedai Shopee kami, sila hubungi no. telefon +6011 1196 3876 untuk membuat pesanan. Pesanan sedemikian akan diterima dengan syarat jumlah pesanan sekurang-kurangnya RM200 dan ke atas. Kami menawarkan penghantaran ke pintu namun pelanggan perlu menanggung kos pengeposan.