JENAMA KAMI

Sejarah Pasaraya Yang Yang Wholesale & Retail Sdn Bhd bermula dari tahun 1989 apabila En. Yong Mow Fong mengasaskan Pasaraya Ekonomi Yang Yang (nama lama) bersama isterinya yang tercinta, Pn. Law Leng Eng. Bermula dari bawah, En. Yong dan Pn. Law membanting tulang siang dan malam sehinggalah mereka mengecap kejayaan yang dinikmati kini.

Tanpa mengenal erti penat lelah dan putus asa, En. Yong dan Pn. Law menjual pakaian harian mampu milik dari pintu rumah ke pintu rumah pada waktu siang sebelum membuka gerai pakaian di Pasar Malam Sungai Besar di Selangor. Berbekalkan kecekalan dan pengalaman yang ada, mereka membuka Pasaraya Yang Yang – pusat pakaian dan keperluan ‘one-stop’ di pelbagai lokasi sekitar Malaysia.

Hari ini, Pasaraya Yang Yang menawarkan pelbagai jenis produk untuk wanita, lelaki, bayi, kanak-kanak, warga emas, dan juga barangan keperluan rumah. Dari pakaian santai yang selesa hingga pakaian OOTD untuk berlibur, dari pakaian kanak-kanak hingga kelengkapan solat, dari kain pasang bercorak khas hingga tuala & cadar – semuanya ada di Yang Yang!

Berdiri megah cawangan-cawangan Pasaraya Yang Yang di Tanjung Malim, Teluk Intan, Kuala Selangor, Meru, Air Tawar, dan Manjung sehingga menjadi kebanggaan keluarga ini yang berpegang teguh kepada nilai-nilai kekeluargaan utuh.

Walaupun mereka berdepan dengan pelbagai cabaran disebabkan oleh pandemik Covid-19, Pasaraya Yang Yang masih berdiri teguh dengan satu misi utama; iaitu menawarkan produk berkualiti pada harga berpatutan untuk pembelian berbaloi. Kualiti, keperluan & trend fesyen terkini sentiasa tersedia untuk pelanggan Pasaraya Yang Yang setiap hari. Buat apa berbelanja lebih jika kualiti dan gaya sama seperti di tempat lain boleh didapati pada harga lebih rendah? Inilah janji Yang Yang!

VISI

Harga mesra poket, Memuaskan. Pasaraya Yang Yang kekal menyediakan pelbagai jenis pakaian untuk semua, malah mengekalkan harga amat berpatutan bagi meringankan beban kos keperluan keluarga yang kian mencabar. Kami menyemai rasa sayang kepada komuniti supaya tiada yang ketinggalan.

MISI

Pasaraya Yang Yang ingin semua keluarga di Malaysia dapat menikmati koleksi pakaian yang bergaya, berkualiti dan berpatutan di rangkaian cawangan yang menyeluruh di sekitar negara. Yang Yang sentiasa komited dalam menyediakan pilihan yang sama hebat seperti di gedung lain, tetapi lebih berbaloi dan puas hati.

SLOGAN

Mesra di poket, sayang di hati

Lengkapkan keluarga dengan keperluan harian yang cantik,
selesa & berkualiti – itulah impian kasih sejati.
Tak perlu belanja lebih, yang penting gembira di hati.

Scroll to Top